Jika sebelum ini kita asyik mengalirkan air mata bila potong bawang, tetapi terkini syarikat makanan Jepun, House Foods Group (HFG) mendakwa mereka telah berjaya menghasilkan bawang yang tidak memedihkan mata.
Smile Ball, bawang pertama di dunia yang terhasil dari kajian yang dilakukan selama 10 tahun.
Meskipun begitu, ia tidak mengubah rasa serta khasiat yang terdapat di dalam bawang tersebut.
Smile Ball kini hanya dipasarkan di sekitar Tokyo atau melalui internet sahaja. Mungkin setahun dua lagi ia akan terdapat di pasar Chow Kit pula... mana tahukan?