Wednesday, January 4, 2012

BILA KATAK MENTEDARAH ULAR..!


Bila katak makan ular...!

Esok-esok, mungkin akan ada rusa makan harimau pula. Tak mustahilkan?


CERITANYA:


Seekor katak sedang memakan seekor ular berlaku di China. Fenomena alam luar biasa yang dapat ditangkap oleh kamera. Kerana, yang umum terjadi adalah ular memakan katak dan bukan sebaliknya.





Foto katak gunung yang sedang memakan ular berbisa Jerdon, berjaya diabadikan oleh seorang pelancong yang berkunjung ke Qingcheng Mountain Park di Sichuan, China tengah.

Ran Longzhong, yang berasal dari Chongqing, mendedahkan kepada IC Media bahawa ia seolah olah tidak dapat mempercayai apa yang di lihatnya dan ia gembira dapat mengabadikan fenomena alam tersebut dalam bentuk foto.

“Ketika itu saya sedang berjalan-jalan di gunung, tiba-tiba saya terlihat seekor katak sedang memakan ular dan ular itu ternyata masih hidup dan meronta-ronta,” ujarnya.

“Dalam masa lima minit sahaja, katak itu dapat memakan habis ular tersebut. Sukar untuk dipercayai seekor ular pemangsa dapat dikalahkan oleh mangsanya.”

Kehairanan yang sama pun dilontarkan oleh pakar haiwan. Mereka mengakui bahawa fenomena alam katak memakan ular itu tak pernah terdengar sebelumnya.