Thursday, July 28, 2016

LEPAS SUSU LEMBU, KINI SUSU LIPAS PULA DIDAKWA BERKHASIAT



Ini mungkin kedengaran aneh dan menjijikkan, kerana lipas sering dikaitkan sebagai serangga perosak, jijik dan kotor. Kalau terjumpa, pasti rasa geram dan terus pijak-pijak kan?

Bagaimanapun, menurut satu kajian yang dilakukan di India, susu lipas dikatakan jauh lebih berkhasiat berbanding susu lembu. Aik... biar betul?

Tambah mereka dalam laman Science Alert, pakar-pakar dari Institut Biologi ‘Stem Cell’ dan Perubatan Jana Semula menemui fakta bahawa lipas dewasa menghasilkan sejenis cairan yang berkhasiat.





Namun jangan salah sangka, bukan semua lipas menghasilkan cecair tersebut dan hanya lipas dari jenis Diploptera Punctata sahaja yang mampu menghasilkan cecair itu untuk dijadikan makanan bagai larvanya. Jadi, lipas kat rumah kita tak bolehlah agaknya. Heh.

Tambah pakar itu, cecair tersebut mengandungi gizi empat kali lebih baik daripada susu lembu dan juga sejenis kristal protein yang dipercayai boleh menjadi kunci kepada pertumbuhan manusia pada masa akan datang.

“Kristal ini seperti makanan lengkap. Mengandung protein, lemak, gula dan jika anda melihat ke dalam urutan proteinnya, (kristal ini) memiliki semua asid amino penting,” kata salah seorang anggota pasukan pakar kepada Times of India, Sanchari Banerjee.



“Kristal ini sangat stabil. Dapat menjadi tambahan protein yang begitu baik,” kata seorang lagi anggota, Ramaswamy.

Selain kaya dengan gizi yang seimbang, susu lipas itu turut mengandungi bahan-bahan alami yang boleh membantu melancarkan proses pencernaan.

Meski banyak khasiat yang mampu diperolehi daripada lipas itu, namun kekangan yang dihadapi oleh pakar-pakar ini adalah bagaimana untuk mendapatkan dalam kuantiti yang banyak. Yalah... kena ambil dari berjuta lipas.

Sabar je la!