Sunday, June 21, 2015

PELIK TAPI BENAR - RESTORAN MAMAK ATAS KUBUR

Sanggupkah anda lepak minum teh tarik pada waktu malam. Huh.. ini kerana restoran New Lucky di Ahmedabad India memilih kubur lama dari kurun ke-16 sebagai tapaknya.

Kisah ini bermula 50 tahun dahulu. Seorang lelaki bernama KH Mohammad membuka gerai minuman dan roti nan di luar kawasan perkuburan.

Klik gambar untuk size besar




Lama kelamaan bisnes beliau semakin membangun dan gerai kecil membesar menjadi restoran. Tetapi Ahmedabad sukar untuk mencari tapak dan kubur lama dari kurun ke-16 ini dijadikan tapak restoran New Lucky.

Sebagai tanda hormat kubur di dalam restoran ini dijaga dengan rapi. Menurut tuan punya restoran ini sekarang Encik Krishnan Kutti Nair beliau merasakan kubur ini membawa tuah kepada beliau.

Kubur-kubur ini dipercayai kubur sanak saudara seorang ahli Sufi yang terkenal di Ahmedabad. Jadi Encik Nair percaya ini bersangkut rapat dengan sebab kenapa restoran beliau laku gila.