Friday, April 1, 2016

MURID GUNTING LIDAH - KES SELESAI KATA POLIS



Masihkan anda ingat dengan kes buli hingga melibatkan seorang pelajar menggunting lidah sendiri kerana didakwa dipaksa oleh pelajar lain?

Terkini, setelah ia disiasat oleh polis secara terperinci, kata mereka tiada kejadian buli yang berlaku.

"Pelajar tersebut tercedera pada lidah ketika dia bermain gunting milik rakan sekelasnya," Kata Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mata, dipetik sebagai berkata.





Kenyataan itu adalah berdasarkan laporan yang diterima daripada guru sekolah tersebut dan tiada keterangan sokongan yang membabitkan penglibatan pelajar lain.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mata turut menyatakan kes ini dianggap selesai kerana murid itu bukan dibuli dan kecederaan yang dialami adalah kerana kecuaian diri sendiri.

Oleh yang demikian, tiada tindakan akan diambil kerana Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan laporan hasil siasatan.