Thursday, August 4, 2016

MULAKAN UJIAN - BAS 'MASA DEPAN' DI CHINA



Jika di negara kita, MRT baru sahaja hendak dibina... tetapi di China mereka telah 'melangkau' masa depan apabila memperkenalkan rekaan konsep bas boleh ‘langkau’ jalan raya pertama di dunia, bagi menyelesaikan masalah pengangkutan awamnya.

Menerusi laman Facebook China Xinhua News, mereka melaporkan prototaip bas berkenaan, TEB-1 (Transit Elevated Bus-1) sudah memulakan ujian di bandar Qinhuangdoi, wilayah Hebei.

Klik gambar untuk size besar




Berketinggian 16 kaki, TEB-1 dilihat menggunakan sistem rel khas yang diletakkan pada hujung dan di tengah jalan raya, membolehkan lebih banyak ruang di jalan raya seterusnya mengurangkan kesesakan berbanding penggunaan bas konvensional.

Reaksi orang awam yang buat pertama kalinya menaiki bas berkenaan dikatakan begitu teruja dan mereka turut merasakan seolah-olah berada di dalam sebuah ‘dewan’ bergerak.

Klik gambar untuk size besar


TEB-1 yang diperkenalkan pada Ekspo Teknologi Tinggi Antarabangsa Beijing ke-19 itu dilaporkan mampu memuatkan 300 orang penumpang pada satu-satu masa.

Ciptaan TEB-1 ini juga merupakan salah satu idea di luar kotak yang kebiasaanya sering dilihat di dalam filem-filem futurastik seperti Minority Report dan Back To The Future.

Mungkinkah Malaysia bakal memiliki bas seperti ini satu hari nanti? Kalau ya... mungkin dalam masa 4 tahun lagi agaknya. Maklumlah wawasan 2020. Heh!








Sumber: New China

.