Friday, September 16, 2016

TERKINI: AL-FATIHAH - DATUK DR. HARON DIN MENINGGAL DUNIA



Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din kembali ke rahmatullah pada jam 10.05 pagi tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, turut merasa sedih atas kepergian Allahyarham yang disifatkannya sebagai kehilangan pada negara.

"Terima berita sedih Tuan Guru Haron Din telah kembali ke rahmatullah.





"Kita kehilangan tokoh Islam banyak jasa.

"Saya rapat dengan beliau, kami inginkan Malaysia negara Islam makmur. Semoga roh Allahyarham dikurniakan 'husnul khotimahdan al-Jannah', al-Fatihah," kata beliau dalam catatan terkini laman sosial Twitter peribadinya sebentar tadi.

Pemimpin tertinggi PAS itu meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California jam 10.05 pagi tadi (waktu Malaysia).

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun.

Turut berada di sisi Allahyarham ialah semua ahli keluarga terdekat.

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi ketika mengesahkan perkara itu berkata, maklumat lanjut akan menyusul daripada keluarga Allahyarham Tuan Guru.



Sumber: MH