Showing posts with label Info sana sini. Show all posts
Showing posts with label Info sana sini. Show all posts

Tuesday, April 25, 2017

AGONG BERJIWA RAKYAT, KEBANGGAAN MALAYSIA



Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang telah diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, merupakan Sultan yang amat merendah diri, beramal soleh dan berjiwa rakyat.

Jom tengok gambar-gambar menarik Baginda yang dirakamkan sendiri oleh rakyat jelata.



Friday, September 30, 2016

BILA 'ADIK' PINANG 'KAKAK' JADI MADU



"Pada awalnya suami agak keberatan kerana tidak pernah berhasrat untuk berkahwin dua selain tidak mempunyai apa-apa perasaan dan menganggap Norinie hanya rakan berniaga.

"Suami memaklumkan supaya diberi masa untuk berfikir. Dalam tempoh itu juga, hampir setiap hari saya memujuknya dengan memberitahu semua itu untuk menghalalkan hubungan, mengelak menjadi fitnah orang lain dan rasa tanggungjawab seorang sahabat," ujar Ida Nirwana Marzuki, yang memutuskan untuk merisik, meminang seterusnya menjadikan sahabat yang juga dianggap kakak sebagai madunya.



Wednesday, September 21, 2016

GILA... ANAK BILLIONAIR BELIKAN ANJINGNYA 8 BIJI IPHONE 7



Kalau dah kaya, macam-macam gila yang mereka lakukan kerana kemungkinan jiwa mereka kosong tanpa sebarang pengisian berguna.

Demikianlah halnya dengan anak tunggal kepada lelaki terkaya di China apabila dengan bangangnya menghadiahkan lapan iPhone 7 untuk anjing peliharaannya. Bayangkan, berapa harga untuk lapan Iphone 7 tersebut dan berapa mulut yang dapat disuap kerana di China sendiri ramai yang hidup 'kais pagi makan pagi'.



Tuesday, September 20, 2016

4 GAMBAR - BILA GELANDANGAN BERKUMPUL AMBIL MAKANAN



Wahhh.... tak sangka begitu ramai gelandangan di Kuala Lumpur.

Gambar ini dirakam di hadapan Masjid Jamek ketika tiba masa pengagihan makanan untuk mereka yang merempat dan tidak mempunyai pekerjaan di ibu negara.



Friday, September 16, 2016

TERKINI: AL-FATIHAH - DATUK DR. HARON DIN MENINGGAL DUNIA



Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din kembali ke rahmatullah pada jam 10.05 pagi tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, turut merasa sedih atas kepergian Allahyarham yang disifatkannya sebagai kehilangan pada negara.

"Terima berita sedih Tuan Guru Haron Din telah kembali ke rahmatullah.



PELAJAR UNIKL MICET TEMUI VAKSIN VIRUS ZIKA, PERLU DANA BESAR



Amat membanggakan!

Menurut laporan, seorang pelajar sebuah universiti di kampus Alor Gajah, Melaka, Hariz Haikal Nasuha kini sedang membuat penyelidikan bagi menghasilkan vaksin bagi mencegah jangkitan virus Zika.

Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Bioproses, Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL MICET) itu membuat penyelidikan tersebut di ladang herba terbesar di Asia milik bapanya, Nasuha Kasian, 62, seluas 1,295 hektar di sini.



Thursday, August 4, 2016

MULAKAN UJIAN - BAS 'MASA DEPAN' DI CHINA



Jika di negara kita, MRT baru sahaja hendak dibina... tetapi di China mereka telah 'melangkau' masa depan apabila memperkenalkan rekaan konsep bas boleh ‘langkau’ jalan raya pertama di dunia, bagi menyelesaikan masalah pengangkutan awamnya.

Menerusi laman Facebook China Xinhua News, mereka melaporkan prototaip bas berkenaan, TEB-1 (Transit Elevated Bus-1) sudah memulakan ujian di bandar Qinhuangdoi, wilayah Hebei.

Klik gambar untuk size besar


Thursday, June 9, 2016

KUCING INI BUKAN DI WARNAKAN ATAU PHOTOSHOP..!!



Kucing comel ini mempunyai dua tona di wajahnya. Venus, si 'Chimera' adalah kucing yang paling sensasi di internet, kerana penampilan fizikalnya yang menarik. Pada asasnya, wajahnya berpecah menjadi dua dan setiap bahagian mempunyai warna bulu berbeza.

Untuk menambah keistimewaannya, salah satu matanya berwarna biru, manakala yang satu lagi pula berwarna hijau.






Thursday, April 7, 2016

AKHIRNYA, PEMILIK WAJAH KORDIAL FN TERBONGKAR



Memang sebelum ini ramai yang yakin apabila meneka wajah budak yang berwajah ceria di botol kordial FN adalah milik artis Liyana Jasmay. Namun terkini, semua sangkaan itu sebenarnya meleset sama sekali apabila empunya diri telah tampil mengaku bahawa wajah yang menghiasi botol tersebut adalah dirinya.

Untuk info, Wanita yang dikenali sebagai Madihah menjawab persoalan itu melalui satu posting yang dimuat naiknya ke laman Instagram dan Twitter miliknya.

Malah dia kini yang sudah dewasa tetap cun dan ceria sebagaimana dahulu. Berikutan pengakuannya itu, laman sosial Instagram miliknya kini menerima lebih 6 ribu pengikut... manakala pengikut Twitternya pula mencecah seribu orang



BILA APLIKASI WHATSAPP DIPERKETAT



Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa Whatsapp 'memperketatkan' sistem mereka. Rasanya ia disebabkan buat masa kini aplikasi yang kita gunakan itu terlalu mudah dibaca oleh orang lain dan ia tidak selamat.

Oleh yang demikian, kelmarin (Selasa) WhatsApp telah menaik taraf aplikasi mereka itu dengan ciri baru iaitu 'end-to-end encryption'.



Friday, April 1, 2016

MURID GUNTING LIDAH - KES SELESAI KATA POLIS



Masihkan anda ingat dengan kes buli hingga melibatkan seorang pelajar menggunting lidah sendiri kerana didakwa dipaksa oleh pelajar lain?

Terkini, setelah ia disiasat oleh polis secara terperinci, kata mereka tiada kejadian buli yang berlaku.

"Pelajar tersebut tercedera pada lidah ketika dia bermain gunting milik rakan sekelasnya," Kata Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mata, dipetik sebagai berkata.