Thursday, January 23, 2014

GAMBAR PELIK SANA SINI

Dalam dunia ni, ada pelbagai perkara pelik yang kadang-kadang memeningkan kepala kita. Namun dalam pelik itu, ada kebenarannya! Jom tengok tiga gambar dan cerita disebaliknya yang mungkin membuat kita berkata dalam hati... "biar betul!".

__________________________

GAMBAR #1

Semua tanda ini mungkin kita dah tahu, tapi cuma satu jer yang kita mungkin tidak faham iaitu 'memancing'. Nak pancing apa dalam jamban tu ya? Ikan, ketam, jerung atau mungkin duit? Ha ha memang pelik?

Kalau ikan pandai tengok papan kenyataan tu, diapun pelik jugak agaknya!

Klik gambar untuk size besar




GAMBAR #2

Ahli-ahli arkeologi telah menemui sepasang rangka manusia pada era roman yang berpegangan tangan selama 1,500 tahun. Mungkinkah mereka dulu dalam keadaan ketakutan lalu berpegangan tangan, dibunuh atau mereka berdua sengaja bunuh diri bersama?

Wallahualam.....hanya Allah saja yang mengetahui segalanya.




GAMBAR #3

Putera Saudi Alwaleed, memiliki kereta Mercedes yang diselaputi berlian berharga $48 juta (kira-kira RM159 juta duit Malaysia). Namun yang kelakarnya, jika ada yang mahu usik kereta tu... dia akan caj sebanyak $1,000 (RM3,300).

Hai... dah banyak duitpun masih gilakan duit lagi! Inilah yang dikatakan, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.Yang kaya tak semestinya berhati budiman. Tak gitu?