Monday, January 27, 2014

KEMBAR 6 DI PAKISTAN - MISKIN HARTA, TAPI KAYA ANAK


Bayangkan jika anda (sekiranya anda wanita) melahirkan bayi kembar enam. Pastinya banyak suka duka yang harus dilalui terutamanya ketika melahirkan dan kemudian membesarkan anak-anak tersebut.

Dan itulah yang harus dilalui oleh seorang wanita Pakistan yang selamat melahirkan bayi kembar enam baru-baru ini. Bayi kembar tersebut lahir pada hari Jumaat di daerah Bannu di Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan. Mereka terdiri daripada empat perempuan dan dua lelaki yang masing-masing lahir tanpa sebarang masalah.

Jom tengok gambar anak-anak kembar itu yang dilaporkan sihat oleh doktor yang bertanggungjawab merawat mereka.

Klik gambar untuk size besar