Thursday, April 7, 2016

AKHIRNYA, PEMILIK WAJAH KORDIAL FN TERBONGKAR



Memang sebelum ini ramai yang yakin apabila meneka wajah budak yang berwajah ceria di botol kordial FN adalah milik artis Liyana Jasmay. Namun terkini, semua sangkaan itu sebenarnya meleset sama sekali apabila empunya diri telah tampil mengaku bahawa wajah yang menghiasi botol tersebut adalah dirinya.

Untuk info, Wanita yang dikenali sebagai Madihah menjawab persoalan itu melalui satu posting yang dimuat naiknya ke laman Instagram dan Twitter miliknya.

Malah dia kini yang sudah dewasa tetap cun dan ceria sebagaimana dahulu. Berikutan pengakuannya itu, laman sosial Instagram miliknya kini menerima lebih 6 ribu pengikut... manakala pengikut Twitternya pula mencecah seribu orang