Showing posts with label pelik tapi benar. Show all posts
Showing posts with label pelik tapi benar. Show all posts

Tuesday, November 1, 2016

KUCING ENGGAN TINGGALKAN KUBUR TUANNYA



JAKARTA: Seekor kucing yang merindui tuannya tinggal di kubur wanita yang pernah memeliharanya di Kebumen, Jawa Tengah, Indonesia, sejak setahun lalu.

Menurut Daily Mail, seorang penduduk, Keli Keningau Prayitno, berkata dia menyangka kucing itu tidak bertuan dan berasa pelik kerana setiap hari dilihat berada di kubur berkenaan lalu mengikut kucing berkenaan.



Wednesday, October 26, 2016

PELIK TAPI BENAR - BURGER 'P.RAMLY' BERDAGING BABI



Jika baru-baru ini isu 'hotdog' hangat diperdebatkan, terkini tiba-tiba muncul pula kontroversi baharu apabila sebuah rangkaian restoran di ibu kota menamakan menu burger babi dengan nama P. Ramly.

Nama menu haram itu sekali gus mengejutkan ramai kerana bukan sahaja menggunakan nama Melayu tetapi juga seolah-olah mencemar nama seniman Agung tanah air iaitu Tan Sri P. Ramlee.

Malah, ejaan ‘Ramly’ juga merujuk kepada sebuah syarikat pembekal makanan sejuk beku bumiputera yang terkenal.



Wednesday, September 21, 2016

GILA... ANAK BILLIONAIR BELIKAN ANJINGNYA 8 BIJI IPHONE 7



Kalau dah kaya, macam-macam gila yang mereka lakukan kerana kemungkinan jiwa mereka kosong tanpa sebarang pengisian berguna.

Demikianlah halnya dengan anak tunggal kepada lelaki terkaya di China apabila dengan bangangnya menghadiahkan lapan iPhone 7 untuk anjing peliharaannya. Bayangkan, berapa harga untuk lapan Iphone 7 tersebut dan berapa mulut yang dapat disuap kerana di China sendiri ramai yang hidup 'kais pagi makan pagi'.



Thursday, September 15, 2016

ALLAHUAKBAR, HUJAN BATU LANDA MELAKA



Sesungguhnya kuasa Allah tiada siapa yang dapat menduga!

Dan itulah yang berlaku beberapa kawasan di negeri Melaka apabila dikejutkan dengan hujan batu yang melanda pada awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu, hujan renyai dilaporkan turun sebelum tiba-tiba kedengaran angin kuat membawa hujan ais di beberapa kawasan khususnya di daerah Sungai Udang.



Tuesday, September 6, 2016

PELIK TAPI BENAR - SAFIEY ILIAS KEMBALI JADI PONDAN



Jika iman tak teguh, macam-macam boleh berlaku!

Demikianlah yang berlaku kepada usahawan muda, Safiey Ilias yang pernah menjadi perhatian Malaysia apabila membuat keputusan untuk berubah daripada seorang pondan kepada seorang lelaki.

Berita mengenai perubahan dirinya itu mendapat liputan yang sangat meluas sehingga menjadi tetamu untuk ditemuramah di stesen televisyen, serta menjadi jemputan memberi motivasi kepada yang lain.



Thursday, September 1, 2016

HOTEL PERCUMA WARGA ASING DI KUALA LUMPUR



Sungguh menyakitkan mata apabila melihat sekumpulan warga Myanmar tidur bersepah dikiri dan kanan kaki lima berdekatan Jalan Petaling, Kuala Lumpur... ibarat tidur di hotel layaknya.

Difahamkan, mereka tidur disitu setiap hari hampir bertahun tanpa perhatian sewajarnya daripada pihak berkuasa.



Monday, August 22, 2016

PELIK TAPI BENAR - MENGANDUNG 17 BULAN MASIH BELUM BERSALIN



Pelik tapi benar. Kebiasaan wanita yang mengandung akan melahirkan anak apabila usia kandungan matang 9 bulan namun tidak bagi seorang wanita yang berasal dari Hunan, China yang berhadapan dengan situasi luar biasa apabila usia kandungan sudah berusia 17 bulan tetapi masih belum bersalin.

Jelas Wang Xi, bulan yang sepatutnya dia melahirkan anak iaitu pada 15 November tahun lepas namun selepas pemeriksaan doktor sendiri mengesahkan belum tiba masanya untuk dia bersalin.



Thursday, August 4, 2016

MULAKAN UJIAN - BAS 'MASA DEPAN' DI CHINA



Jika di negara kita, MRT baru sahaja hendak dibina... tetapi di China mereka telah 'melangkau' masa depan apabila memperkenalkan rekaan konsep bas boleh ‘langkau’ jalan raya pertama di dunia, bagi menyelesaikan masalah pengangkutan awamnya.

Menerusi laman Facebook China Xinhua News, mereka melaporkan prototaip bas berkenaan, TEB-1 (Transit Elevated Bus-1) sudah memulakan ujian di bandar Qinhuangdoi, wilayah Hebei.

Klik gambar untuk size besar


Wednesday, July 27, 2016

4 RAHSIA MENGISI MINYAK



1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda.

2. Isi minyak dengan perlahan-lahan Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.



Thursday, March 31, 2016

PENGANTIN PEREMPUAN DICERAI TALAK 3 SELEPAS SETENGAH JAM NIKAH



Perkahwinan bukan perkara main-main!

Namun terkini, seorang jurugambar telah berkongsi pengalamannya menghadiri satu majlis pernikahan. Apa yang mengejutkan ialah apabila pengantin lelaki tiba-tiba melafazkan cerai talak 3 terhadap pasangannya dalam hanya setengah jam selepas pernikahan.



Wednesday, September 2, 2015

17 GAMBAR - LOKI, SI KUCING SERAM YANG MEMPUYAI GIGI MIRIP DRAKULA


Umumnya kucing peliharaan memiliki wajah yang manis dan berkelakuan baik, kerana kucing-kucing itu dirawat dengan penuh kasih sayang.

Namun kucing peliharaan milik seorang wanita bernama Kaet, sangat berbeza dari kucing biasanya, ia memiliki seekor kucing dengan wajah menyeramkan seperti drakula.

Kucing ini bernama Loki, ia merupakan kucing siam campuran yang diadopsi oleh Kaet dari tempat perlindungan kucing.

Klik gambar untuk size besar


Sunday, June 21, 2015

PELIK TAPI BENAR - RESTORAN MAMAK ATAS KUBUR

Sanggupkah anda lepak minum teh tarik pada waktu malam. Huh.. ini kerana restoran New Lucky di Ahmedabad India memilih kubur lama dari kurun ke-16 sebagai tapaknya.

Kisah ini bermula 50 tahun dahulu. Seorang lelaki bernama KH Mohammad membuka gerai minuman dan roti nan di luar kawasan perkuburan.

Klik gambar untuk size besar


Tuesday, June 9, 2015

13 GAMBAR - PELIK TAPI BENAR: AKSI KANGAROO BERBADAN SADO


Nampaknya, bukan hanya manusia sahaja yang berbadan sado... tetapi haiwan pun kini mempunyai badan sebegitu.

Di Australia, seekor kangaru jantan alfa dari Pusat Perlindungan Kangaru Alice Springs, yang diberi nama Roger telah menjadi tumpuan ramai apabila mempunyai badan sado seolah manusia layaknya.

Klik gambar untuk size besar


Friday, October 31, 2014

KEK BENTUK SERAM - SANGGUPKAH ANDA MAKAN?


Macam-macam ciptaan kek yang dicipta sempena hari halloween oleh penganut Kristian. Ada yang berbentuk jantung, otak segar, anggota manusia dan yang paling teruk ialah bentuk mayat yang terburai perutnya. Heh!

Persoalannya, sanggupkah anda makan kek ini?

Klik gambar untuk size besar


Thursday, January 23, 2014

GAMBAR PELIK SANA SINI

Dalam dunia ni, ada pelbagai perkara pelik yang kadang-kadang memeningkan kepala kita. Namun dalam pelik itu, ada kebenarannya! Jom tengok tiga gambar dan cerita disebaliknya yang mungkin membuat kita berkata dalam hati... "biar betul!".

__________________________

GAMBAR #1

Semua tanda ini mungkin kita dah tahu, tapi cuma satu jer yang kita mungkin tidak faham iaitu 'memancing'. Nak pancing apa dalam jamban tu ya? Ikan, ketam, jerung atau mungkin duit? Ha ha memang pelik?

Kalau ikan pandai tengok papan kenyataan tu, diapun pelik jugak agaknya!

Klik gambar untuk size besar


Wednesday, June 4, 2008

DUNIA YANG ANEH...


ULAR TEDUNG KE NI??



GIGI BERGANDA...



MISAI BERJELA... TAK TAKUT KE??



DUA BELAS JARI KAKI...




BUDAK LIMA TAHUN PALING GEMUK...
.
.
.